Sunday

KULIAH SJP 2203M : BAHAN SUMBER KONVENSIONAL

PELAJAR SILA CETAK NOTA UNTUK PANDUAN SEMASA P & P



Pengajaran dan pembelajaran kuliah yang seterusnya akan dilaksanakan dengan  aktiviti simulasi dalam kelas.
ARAHAN: 

  • ·         Pelajar dikehendaki membaca nota berkenaan bahan atau sumber konvensional.
  • ·          Pelajar dikehendaki memahami teks Sejarah Melayu berkenaan dengan             pembukaan kerajaan Melayu Melaka.
  •      Pelajar dikenhendaki melakonkan watak yang disenaraikan (lampiran 1) dengan menggunakan teks dialog (lampiran 2) sebagai panduan.
  • ·         Pembahagian watak dan penghasilan bahan bantu mengajar (lampiran 3) adalah berdasarkan pembahagian kumpulan yang sedia ada.
  • ·         Nota tambahan disediakan sebagai rujukan bagi topik; asal usul nama Melaka (lampiran 4) dan sejarah pengasaan kerajaan Melayu Melaka (lampiran 5).
 
LAMPIRAN 1
Senarai watak
1.         Parameswara           (1)
2.         Pengikut / hulubalang ( 8 )
3.         Penduduk / rakyat biasa ( 5)
4.         Pelanduk       ( 1)
5.         Anjing            ( 2)
6.         Pokok             (6)

Senarai alat bantu mengajar (ABM)
1.         Topeng
2.         Backdrop
3.         Tanjak
4.         Pokok
5.         Keris dan tombak
6.         dialog


LAMPIRAN 2: 

PANDUAN TEKS DIALOG 

·         PENCERITA :
Abad ke-14, selepas kejatuhan empayar Srivijaya di Palembang, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada mereka.
Tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama.
Cicit Sang Nila Utama, menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Walau bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan negeri barunya di Biawak Busuk. Namun, setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara.
Dalam perjalanannya, baginda singgah di Sening Ujung sebelum sampai ke sebuah kampong nelayan di muara Sungai Bertam. Di sana, baginda berdiri di bawah sepohon kayu yang terlalu rendang, untuk berburu dan merehatkan diri.

·         PARAMESWARA :
Wahai pengikutku sekalian, marilah kita barang seketika di bawah pohonan ini. Bolehlah kalian berburu untuk santapan kita semua.

·         HULUBALANG & PENGIKUT :
Menjunjung titah tuanku. Patik dan hamba akan pergi berburu sekarang.
************** Parameswara berehat (aksi tanpa suara) *********************************

·         POKOK MELAKA :
Hahahaha……(gelak – gelak bangga)

·         POKOK LAIN 1 :
Apa yang kamu ketawakan ?

·         POKOK MELAKA :
Hahahaaaa…..pokok-pokok sekalian, lihatlah….(tunjuk badan). Lihatlah badanku yang rendang……aku besar, cantik, tidak seperti kalian. Aku hebat !!!

·          POKOK LAIN 2 :
Apa buktinya?

·         POKOK MELAKA:
Lihatlah siapa  yang berteduh di bawahku ini. Bukan calang-calang orang, keturunan Raja Srivijaya dari Palembang. Aku mempunyai kesaktian, yang bisa menganugerahkan kekayaan, dan kekuatan badan.

********************   kejadian semasa memburu ***********************************

·         ANJING 1 :
Bangganya jadi anjing perburuan raja.

·         ANJING 2 :
Betul …betul…kita memang hebat,kuat, gagah dan juga terlatih…….malah terpilih juga…..

·         ANJING 1 :
Eh…..tengok tu…..ada pelanduk kat sana. Jom kita tangkap dia. Raja mesti lagi sayang kat kita.

·         PELANDUK :
Ketepi kau  sang anjing, jangan cuba cari pasal dengan aku.

·         ANJING 2 :
HAHAHA…..macam la kami takut. Badan kau dah la keding, kulit pulak putih. Pelik betul la….hahahahaaaa….
************ aksi kejar mengejar dan menendang***********************************
Parameswara dan pengikutnya bangkit dan melihat kejadian tersebut.

·         PARAMESWARA:
Bendahara ,cuba lihat ! ajaib betul pelanduk itu. Mengikut firasat beta…….
***(baca pantun di bawah)
            Negeri ini bumi bertuah,
            Sangat molek diduduki,
            Sedang pelanduknya lagi gagah,
            Baiklah kita berbuat negeri di sini.

Bendahara, apa nama kayu tempat kita bersandar ini?

·         BENDAHARA:
Ampun tuanku, beribu-ribu ampun tuanku. Patik kurang pasti tuanku. Izinkan patik bertanyakan penduduk setempat mengenai hal ini. Ampun tuanku.

·         PARAMESWARA:
Baiklah, silakan Bendahara.

·         BENDAHARA:
Wahai rakyat jelata yang budiman. Izinkan hamba bertanya, apakah nama pohon rending di hujung sana?

·         RAKYAT :
Oh…itu…..pohon Melaka.

·         BENDAHARA:
Terima kasih tuan hamba.

·         RAKYAT:
Sama-sama.
***************************************************************************************
·         BENDAHARA :
Ampun tuanku, setelah bertanyakan penduduk di sini, pohon ini namanya pohon Melaka. Ampun tuanku.

·         PARAMESWARA :
OH…begitu… pohon Melaka (berfikir sejenak). Mulai saat ini, beta namakan bumi makmur  ini sebagai negeri Melaka.

·         PENGIKUT-PENGIKUT :
Menjunjung titah tuanku ( ramai-ramai sambil melutut bermohon sembah)

·         PENCERITA :
( Kesimpulan cerita)

 
LAMPIRAN 3 :

PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Senarai bahan yang akan sediakan oleh pensyarah.

1.    Manila kad
2.    Kertas warna
3.    Warna crayon
4.    Brown paper
5.    Pita selofan
6.    Kertas mahjung

Senarai bahan yang perlu di bawah oleh pelajar.

1.    Gunting
2.    Stapler
3.    Kain pelekat
4.    Kain batik
5.    Pensel warna
6.    Gam


LAMPIRAN 4

ASAL USUL NAMA MELAKA
 1.Sejarah Melayu
I. Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
II. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.

2.Istilah Arab
Mulaqah, Malakat
I. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
II. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
III. Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'

 3.Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
I. Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta
II. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan

III. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hindu iaitu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib.
IV. Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.

LAMPIRAN 5
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.