Thursday

NOTA PERPADUAN NEGARA


KONSEP PERPADUAN
Satu proses mewujudkan ‘satu’ identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

PERPADUAN  WILAYAH
Mengandungi pembangunan sosio-ekonomi antara negeri-wilayah yang maju dan kurang maju.

PERPADUAN EKONOMI
Pengkongsian ekonomi yang sama rata di antara kaum.  Penggubalan DEB dan DPN untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PERPADUAN PENDIDIKAN
Semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.


PERPADUAN KEBUDAYAAN
Mencapai perpaduan melalui program-program kebudayaan.  Dasar kebudayaan kebangsaan (1971) digubal untuk tujuan perpaduan.

PERPADUAN SOSIAL
Proses pencapaian perpaduan melalui kemudahan sosial seperti pendidikan, perumahan, kesihatan, air, elektrik dan lain-lain untuk semua rakyat.


MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA


Faktor

1.       Pengasingan Petempatan
2.       Pengasingan Agama
3.       Pengasingan Sistem Pendidikan
4.       Akhbar Bahasa Mengikut Kaum
5.       Persatuan Untuk Satu-satu Kaum
6.       Pengaruh Politik
7.       Kesan Pemerintahan Jepun
8.       Dasar ‘pecah’ & ‘perintah’ Inggeris
9.       Tragedi 13 Mei 1969.


Pengajaran Peristiwa 13 Mei

·                  Kerosakan harta benda dan nyawa.
·                  Perintah berkurung
·                  Keuntungan kepada musuh (komunis)
·                  Perlunya perpaduan nasional
·                  Keadilan ekonomi antara kaum
·                  Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan


LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA


1.       RUKUN NEGARA

Merupakan panduan yang merangkumi prinsip-prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia yang boleh mengukuhkan perpaduan

Prinsip Rukun Negara
·                  Kepercayaan Kepada Tuhan
·                  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
·                  Keluhuran Perlembagaan
·                  Kedaulatan Undang-undang
·                  Kesopanan dan Kesusilaan


2.       DASAR EKONOMI BARU

·                  DEB telah digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB (1970 – 1990) mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
·                  Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1990 –2000 meneruskan usaha DEB bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi keadilan sosial, moral, ekonomi, kulaiti hidup, kecekapan pentadbiran dan kemajuan sains dan teknologi.

3.       INTEGRASI NASIONAL

Integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka, terutama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  Antara rancangan yang boleh dijalankan ialah dengan menggalakkan perpindahan penduduk,melalui rancangankebudayaan kebangsaan, DPN, kemakmuran ekonomi, peranan media massa, peranan ahli-ahli politik dan pentadbir, penyeragaman masa/ waktu antara Semenanjung, Sarawak dan sabah.

2 comments:

  1. terima kasih puan

    ReplyDelete
  2. Anonymous02:41

    Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete