Sunday

KULIAH SJP 2203M : BAHAN SUMBER KONVENSIONAL

PELAJAR SILA CETAK NOTA UNTUK PANDUAN SEMASA P & P



Pengajaran dan pembelajaran kuliah yang seterusnya akan dilaksanakan dengan  aktiviti simulasi dalam kelas.
ARAHAN: 

  • ·         Pelajar dikehendaki membaca nota berkenaan bahan atau sumber konvensional.
  • ·          Pelajar dikehendaki memahami teks Sejarah Melayu berkenaan dengan             pembukaan kerajaan Melayu Melaka.
  •      Pelajar dikenhendaki melakonkan watak yang disenaraikan (lampiran 1) dengan menggunakan teks dialog (lampiran 2) sebagai panduan.
  • ·         Pembahagian watak dan penghasilan bahan bantu mengajar (lampiran 3) adalah berdasarkan pembahagian kumpulan yang sedia ada.
  • ·         Nota tambahan disediakan sebagai rujukan bagi topik; asal usul nama Melaka (lampiran 4) dan sejarah pengasaan kerajaan Melayu Melaka (lampiran 5).
 
LAMPIRAN 1
Senarai watak
1.         Parameswara           (1)
2.         Pengikut / hulubalang ( 8 )
3.         Penduduk / rakyat biasa ( 5)
4.         Pelanduk       ( 1)
5.         Anjing            ( 2)
6.         Pokok             (6)

Senarai alat bantu mengajar (ABM)
1.         Topeng
2.         Backdrop
3.         Tanjak
4.         Pokok
5.         Keris dan tombak
6.         dialog


LAMPIRAN 2: 

PANDUAN TEKS DIALOG 

·         PENCERITA :
Abad ke-14, selepas kejatuhan empayar Srivijaya di Palembang, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada mereka.
Tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama.
Cicit Sang Nila Utama, menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Walau bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan negeri barunya di Biawak Busuk. Namun, setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara.
Dalam perjalanannya, baginda singgah di Sening Ujung sebelum sampai ke sebuah kampong nelayan di muara Sungai Bertam. Di sana, baginda berdiri di bawah sepohon kayu yang terlalu rendang, untuk berburu dan merehatkan diri.

·         PARAMESWARA :
Wahai pengikutku sekalian, marilah kita barang seketika di bawah pohonan ini. Bolehlah kalian berburu untuk santapan kita semua.

·         HULUBALANG & PENGIKUT :
Menjunjung titah tuanku. Patik dan hamba akan pergi berburu sekarang.
************** Parameswara berehat (aksi tanpa suara) *********************************

·         POKOK MELAKA :
Hahahaha……(gelak – gelak bangga)

·         POKOK LAIN 1 :
Apa yang kamu ketawakan ?

·         POKOK MELAKA :
Hahahaaaa…..pokok-pokok sekalian, lihatlah….(tunjuk badan). Lihatlah badanku yang rendang……aku besar, cantik, tidak seperti kalian. Aku hebat !!!

·          POKOK LAIN 2 :
Apa buktinya?

·         POKOK MELAKA:
Lihatlah siapa  yang berteduh di bawahku ini. Bukan calang-calang orang, keturunan Raja Srivijaya dari Palembang. Aku mempunyai kesaktian, yang bisa menganugerahkan kekayaan, dan kekuatan badan.

********************   kejadian semasa memburu ***********************************

·         ANJING 1 :
Bangganya jadi anjing perburuan raja.

·         ANJING 2 :
Betul …betul…kita memang hebat,kuat, gagah dan juga terlatih…….malah terpilih juga…..

·         ANJING 1 :
Eh…..tengok tu…..ada pelanduk kat sana. Jom kita tangkap dia. Raja mesti lagi sayang kat kita.

·         PELANDUK :
Ketepi kau  sang anjing, jangan cuba cari pasal dengan aku.

·         ANJING 2 :
HAHAHA…..macam la kami takut. Badan kau dah la keding, kulit pulak putih. Pelik betul la….hahahahaaaa….
************ aksi kejar mengejar dan menendang***********************************
Parameswara dan pengikutnya bangkit dan melihat kejadian tersebut.

·         PARAMESWARA:
Bendahara ,cuba lihat ! ajaib betul pelanduk itu. Mengikut firasat beta…….
***(baca pantun di bawah)
            Negeri ini bumi bertuah,
            Sangat molek diduduki,
            Sedang pelanduknya lagi gagah,
            Baiklah kita berbuat negeri di sini.

Bendahara, apa nama kayu tempat kita bersandar ini?

·         BENDAHARA:
Ampun tuanku, beribu-ribu ampun tuanku. Patik kurang pasti tuanku. Izinkan patik bertanyakan penduduk setempat mengenai hal ini. Ampun tuanku.

·         PARAMESWARA:
Baiklah, silakan Bendahara.

·         BENDAHARA:
Wahai rakyat jelata yang budiman. Izinkan hamba bertanya, apakah nama pohon rending di hujung sana?

·         RAKYAT :
Oh…itu…..pohon Melaka.

·         BENDAHARA:
Terima kasih tuan hamba.

·         RAKYAT:
Sama-sama.
***************************************************************************************
·         BENDAHARA :
Ampun tuanku, setelah bertanyakan penduduk di sini, pohon ini namanya pohon Melaka. Ampun tuanku.

·         PARAMESWARA :
OH…begitu… pohon Melaka (berfikir sejenak). Mulai saat ini, beta namakan bumi makmur  ini sebagai negeri Melaka.

·         PENGIKUT-PENGIKUT :
Menjunjung titah tuanku ( ramai-ramai sambil melutut bermohon sembah)

·         PENCERITA :
( Kesimpulan cerita)

 
LAMPIRAN 3 :

PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Senarai bahan yang akan sediakan oleh pensyarah.

1.    Manila kad
2.    Kertas warna
3.    Warna crayon
4.    Brown paper
5.    Pita selofan
6.    Kertas mahjung

Senarai bahan yang perlu di bawah oleh pelajar.

1.    Gunting
2.    Stapler
3.    Kain pelekat
4.    Kain batik
5.    Pensel warna
6.    Gam


LAMPIRAN 4

ASAL USUL NAMA MELAKA
 1.Sejarah Melayu
I. Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
II. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri.

2.Istilah Arab
Mulaqah, Malakat
I. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
II. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
III. Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'

 3.Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
I. Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta
II. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan

III. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hindu iaitu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib.
IV. Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.

LAMPIRAN 5
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah Description: C:\Users\Kavitha\Desktop\thumbnailCAAUHSE4.jpgbaginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.
Description: C:\Users\Kavitha\Desktop\thumbnailCANZAO1G.jpgParameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414. Baginda Parameswara kemudian memakai gelaran Raja Iskandar Shah.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera.
Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.
Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma bermaksud Mahmud. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.

13 comments:

  1. marzianti17:24

    nak komen juga!he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adzrytta Nawi16:19

      xde nampak awak komen pommm

      Delete
  2. nazaliza17:27

    xsabar nak blakon jadi pokok renek!ha ha

    ReplyDelete
  3. nurul izyani binti abdul rahman17:32

    saya dah download puan

    ReplyDelete
  4. tiong siu ing @ rose17:34

    tak sabar nak tengok pelanduk menendang anjing yang besar itu....selamat berlakon

    ReplyDelete
  5. norhanim ismail17:40

    satu proses P&P yang menarik...

    ReplyDelete
  6. Umyra17:42

    selamat berlakon...

    ReplyDelete
  7. Halimatun Shahida20:18

    tidak sabar rasanya hati adinda untuk melihat bendahara jad 'Beta'..ngeee...

    ReplyDelete
  8. Huhu...aku jadi anjing perburuan raja...

    ReplyDelete
  9. Syam09:08

    slmt berjaya semuanya...

    ReplyDelete
  10. adzrytta16:15

    Berlakon betul2 ye nanti kawan2 ku... peace..

    ReplyDelete
  11. Adzrytta Nawi16:17

    Jangan lupa baca dan faham betul2 cerita ni agar kita dapat menjiwai watak tersebut...

    ReplyDelete
  12. Anonymous02:26

    Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete