10.1
PENGENALAN
Anda sudah pun berada pada penghujung Modul Kenegaran Malaysia. Bagaimana
dengan sembilan topik yang telah anda pelajari setakat ini? Dalam bab ini, kita
cuba
akan meninjau pula sebahagian daripada dasar-dasar pembangunan yang digubal dan
dilaksanakan oleh kerajaan selepas merdeka sehingga masa kini. Walau bagaimanapun perlu
diingatkan kepada anda bahawa, sejak merdeka terdapat pelbagai dasar yang telah
dibentuk oleh kerajaan yang tidak mungkin dibincangkan kesemuanya di sini. Oleh
itu, dalam bab ini hanya sebahagian sahaja dasar-dasar utama yang disentuh
iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Bahagian awal bab ini, menyentuh perkara
utama yang perlu anda faham iaitu tentang definisi dan kepentingan dasar. Ini
diikuti dengan latarbelakang pembentukan dasar-dasar sebelum dan selepas
merdeka. Setiap dasar akan merangkumi beberapa perkara utama, antaranya
matlamat dan strategi pelaksanaannya.
Hasil daripada perbincangan yang dibuat,
diharap akan dapat memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai peranan dan
tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh kerajaan sebagai badan penggubal
dasar dalam memastikan program-program pembangunan yang dibentuk akan memberi
faedah kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimana pula dengan peranan anda
terhadap kerajaan? Tidak dapat dinafikan, bahawa peranan anda sebagai pelajar
sememangnya berat. Selain memastikan kejayaan memperoleh ijazah kelak,
sebenarnya anda turut berperanan penting dalam menjamin kejayaan setiap
dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.
10.1.1 Definisi dan Kepentingan Dasar
Apakah yang anda faham tentang istilah dasar?
Dasar atau kadangkala disebut polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran atau
pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. Garis panduan
pentadbiran ini merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai
landasan dalam melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalamnya demi mencapai
matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju. Pada
umumnya dasar yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai objektif, strategi
pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. Ia boleh menjadi panduan
pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah
negara.
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar
tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya mentadbir atau
merancang pembangunan. Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa
adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain itu, dasar amat
penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah
yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah. Keperluan dasar selain
pembangunan ialah mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat
dan ini dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebenarnya,
dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara maju sahaja, bahkan yang
lebih penting lagi bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Proses merancang, menganalisis
dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap dasar-dasar yang sedia ada di
samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat mewujudkan
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 masih diteruskan sehingga kini.
10.2
LATAR
BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN
Sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan
telah menitikberatkan usaha untuk melaksanakan pembangunan dengan lebih
sistematik bagi memperbaiki taraf hidup semua kaum. Pembangunan negara
merangkumi beberapa bidang seperti ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam
konteks masyarakat berbilang kaum, kerajaan telah menggubal pelbagai dasar
pembangunan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan ekonomi yang timbul akibat daripada dasar penjajahan British.
Walau bagaimanapun apabila tercetusnya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969, kerajaan
telah mengambil langkah menilai semula dan memperbaharui strategi-strategi
tertentu untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud ketika itu.
Tragedi 13 Mei juga memberi pengajaran pahit kepada negara dan menunjukkan
bahawa seruan-seruan berasaskan isu-isu dan perasaan perkauman yang tidak
terbatas dan keterlaluan boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara.
10.2.1
Dasar-Dasar
Sebelum Merdeka
Penjajahan Inggeris di negara kita telah
meninggalkan pelbagai kesan dan pengaruh yang besar khususnya terhadap
perkembangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan kaum. Dari
perspektif ekonomi, pada dasarnya pihak Inggeris telah memperkenalkan dan
mengembangkan sistem ekonomi yang liberal dan menjalankan dasar pecah dan perintah. Bagi mencapai
matlamat penjajahan segala dasar dan rancangan ekonomi adalah ditumpukan kepada
usaha-usaha mengeksploitasi sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan
mentah pertanian bagi memenuhi permintaan yang tinggi di England dan lain-lain negara Eropah
berikutan dengan perkembangan Revolusi Industri.
Dasar ekonomi ekstraktif yang diamalkan
oleh penjajah Inggeris menyebabkan mereka memberi keutamaan kepada perlombongan
hasil-hasil galian terutama bijih timah dan pembukaan ladang-ladang getah
seperti yang berlaku secara besar-besaran di Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan. Bagi mencapai matlamat dasar ekonomi ekstraktif ini, pihak Inggeris
memberi galakan dan perhatian terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi
dan kepakaran dari Eropah di samping membawa masuk buruh-buruh Cina dan India
secara besar-besaran di negara ini.
Dasar dan amalan Inggeris ini
menyebabkan kaum bumiputera yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar
terus tersisih dan mundur berbanding dengan kaum-kaum imigran yang
kebanyakannya tinggal di bandar-bandar dan terlibat dalam sektor ekonomi moden.
Sebaliknya kaum bumiputera berada dalam sektor pertanian dan perikanan
tradisional dengan daya pengeluaran yang rendah. Penjajahan Inggeris telah
mengakibatkan perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem ekonomi semi-feudal
dan semi-kapitalis. Golongan pemerintah tradisional bumiputera kehilangan
kekuasaan ekonomi berikutan dengan hilangnya kekuasaan politik mereka ke tangan
pihak Inggeris. Justeru itu, pada masa penjajahan Inggeris, perkembangan dan
kegiatan-kegiatan ekonomi hanya tertumpu kepada keuntungan dan secara tidak
langsung menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik di negara kita.
Perkembangan dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang hanya tertumpu di kawasan yang
mempunyai sumber-sumber kekayaan dan yang boleh mendatangkan hasil yang banyak
terutama sekali di sebelah barat Semenanjung. Akibat daripada pertumbuhan
ekonomi sedemikian, wujudlah apa yang disebut sebagai dual economy. Ekonomi moden adalah pesat di Pantai Barat
Semenanjung seperti di ladang-ladang, lombong-lombong dan di bidang
perdagangan, sebaliknya ekonomi secukup hidup tradisional terdapat di kawasan
luar bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju.
10.2.2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka
Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan usaha
untuk merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun.
Usaha ini dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai masalah sosio ekonomi dan
politik yang timbul ekoran kesan peninggalan dasar-dasar pembangunan yang
diamalkan oleh pihak penjajah. Tanggungjawab utama kerajaan ialah untuk
membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan
masyarakat tidak kira keturunan atau kaum tertentu.
Rancangan-rancangan pembangunan lima tahun telah menjadi
strategi utama pembangunan negara untuk dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Program pembangunan ini dibuat bagi memastikan seluruh
rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang menjadi matlamat dan hasrat
negara merdeka. Tiap-tiap rancangan pembangunan lima tahun mempunyai ciri-ciri dan
kesinambungan dasar dan matlamat yang sama. Rancangan tersebut adalah seperti
berikut:
1.
1956-1960 Rancangan Malaya
Pertama.
2.
1961-1965 Rancangan Malaya
Kedua.
3.
1966-1970 Rancangan Malaysia
Pertama.
4.
1971-1975 Rancangan Malaysia
Kedua.
5.
1976-1980 Rancangan Malaysia
Ketiga.
6.
1980-1985 Rancangan Malaysia
Keempat.
7.
1986-1990 Rancangan Malaysia
Kelima.
8.
1991-1995 Rancangan Malaysia
Keenam.
9.
1996-2000 Rancangan Malaysia
Ketujuh.
|
Rancangan ini menentukan projek-projek yang
perlu dijalankan, mengambil kira soal pembiayaan, dari dalam dan luar negeri
dan juga tentang keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas
pembangunan yang perlu dijalankan. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah
menumpukan perhatian kepada pembinaan infrastruktur. Rancangan Malaysia Pertama1
menitikberatkan pertumbuhan ekonomi dengan harapan hasil-hasil pertumbuhan ini
dapat dibahagikan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik. Ia
memberi tumpuan kepada pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua
bidang ekonomi. Skim-skim luar bandar diberi perhatian dengan rancangan
pembukaan tanah secara besar-besaran. Hasilnya taraf hidup golongan miskin
terutamanya masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan.
Rancangan-rancangan pembangunan ini telah mendedahkan kelemahan dari segi
strategi dan penentuan andaian-andaian serta mewujudkan suasana kemiskinan dan penguasaan
ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara kita.
Keadaan ini telah di dapati mengancam keselamatan dan perpaduan negara dengan
tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.
Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan
menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara kaum. Kerajaan mendapati bahawa
jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu besar. Ini membuktikan
bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah
tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak
seimbang di antara kaum.2 Ia juga menunjukkan bahawa sesuatu usaha
pembangunan yang tidak mengambilkira dengan secukupnya keperluan golongan
miskin serta keadaan yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah
negara yang terbahagi kepada mereka yang menikmati dan mereka yang tidak
menikmati faedah pertumbuhan.3 Pembangunan negara seharusnya
mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan, perpaduan dan
mewujudkan satu masyarakat yang adil.
10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang
dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua puluh tahun bermula pada tahun 1971
dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990 dalam Rancangan Malaysia
Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan
yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang
wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar
ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua
mata, iaitu
(i)
Mengurang dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum.
(ii)
Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia
bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.
DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan
sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia mencapai perpaduan negara.
Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan ketidakseimbangan
di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum bukan bumiputera dalam
semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa terlalu banyak
kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan sebab
utama berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah.4
Keadaan ini ternyata boleh menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan
hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. Banci pada tahun 1970 menunjukkan
bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada
keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara 14 peratus
lagi di kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari luar bandar terdiri
dari orang Melayu. Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur
misalnya sebagai penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.5
Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi membetulkan kedudukan ketidakseimbangan
sosio ekonomi yang wujud antara kaum.
Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang
dijalankan merangkumi:
(i)
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di
pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum dan ini boleh mengurangkan kadar
pengangguran.
(ii)
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum, antara kawasan dan antara wilayah.
(iii)
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan
dengan menambahkan kemudahan semua golongan miskin di luar bandar mahupun di
bandar, melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
(iv)
Memberi peluang berpindah dari sektor
yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan.
(v)
Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan
melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(vi)
Mewujudkan suasana pekerjaan yang
menggambarkan komposisi kaum.
(vii)
Mewujudkan kumpulan perusahaan,
perniagaan dan perdagangan bumiputera.
(viii)
Memodenkan kehidupan luar bandar.
Penyusunan semula masyarakat menjadi
matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal,
pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan
dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa
sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan,
pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat
faedah dan pembahagian yang adil.
Adalah diharapkan menjelang tahun 1990,
pemilikan saham dan ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum
dengan kadar 40:30:30, iaitu penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan
bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara pula sebanyak 30 peratus. Antara
strategi pentingnya ialah
(i)
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka
mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.
(ii)
Menubuhkan agensi-agensi pembangunan
seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional
bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi
memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA,
KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
(iii)
Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi
keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum
menjelang tahun 1990.
(iv)
Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan
kawasan luar bandar.
(v)
Menambahkan bahagian rakyat tempatan
dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
Selama dua dekad, strategi pembangunan
yang terdapat di dalam DEB cuba
memberikan faedah kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat
dasar ini untuk mencapai perpaduan negara berdasarkan program pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dapati hampir berjaya. Ekonomi
negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan kedudukan yang lebih
seimbang di antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Manakala
dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperolehi kemajuan
sosio-ekonomi dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan pengagihan
pendapatan yang lebih baik.
10.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang
dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua puluh tahun bermula pada tahun 1971
dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990 dalam Rancangan Malaysia
Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan
yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang
wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar
ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990.
DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua
mata, iaitu
(i)
Mengurang dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum.
(ii)
Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia
bagi membaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.
DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan
sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia mencapai perpaduan negara.
Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan ketidakseimbangan
di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum bukan bumiputera dalam
semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa terlalu banyak
kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan sebab
utama berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah.4
Keadaan ini ternyata boleh menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan
hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. Banci pada tahun 1970 menunjukkan
bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada
keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara 14 peratus
lagi di kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari luar bandar terdiri
dari orang Melayu. Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur
misalnya sebagai penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.5
Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi membetulkan kedudukan ketidakseimbangan
sosio ekonomi yang wujud antara kaum.
Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang
dijalankan merangkumi:
(i)
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di
pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum dan ini boleh mengurangkan kadar
pengangguran.
(ii)
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum, antara kawasan dan antara wilayah.
(iii)
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan
dengan menambahkan kemudahan semua golongan miskin di luar bandar mahupun di
bandar, melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
(iv)
Memberi peluang berpindah dari sektor
yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih lumayan.
(v)
Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan
melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(vi)
Mewujudkan suasana pekerjaan yang
menggambarkan komposisi kaum.
(vii)
Mewujudkan kumpulan perusahaan,
perniagaan dan perdagangan bumiputera.
(viii)
Memodenkan kehidupan luar bandar.
Penyusunan semula masyarakat menjadi
matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal,
pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan
dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan
pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa
sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan,
pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat
faedah dan pembahagian yang adil.
Adalah diharapkan menjelang tahun 1990,
pemilikan saham dan ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum
dengan kadar 40:30:30, iaitu penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan
bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara pula sebanyak 30 peratus. Antara
strategi pentingnya ialah
(i)
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan bumiputera agar mereka
mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990.
(ii)
Menubuhkan agensi-agensi pembangunan
seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank Pembangunan dan Amanah Saham Nasional
bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi
memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA,
KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
(iii)
Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi
keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh menggambarkan bilangan kaum
menjelang tahun 1990.
(iv)
Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan
kawasan luar bandar.
(v)
Menambahkan bahagian rakyat tempatan
dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan dalam pertumbuhan ekonomi.
Selama dua dekad, strategi pembangunan
yang terdapat di dalam DEB cuba
memberikan faedah kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat
dasar ini untuk mencapai perpaduan negara berdasarkan program pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dapati hampir berjaya. Ekonomi
negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan kedudukan yang lebih
seimbang di antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Manakala
dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperolehi kemajuan
sosio-ekonomi dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan pengagihan
pendapatan yang lebih baik.
Apabila tempoh Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menggubal pula
Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang termasuk di dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara 1991-2000. DPN digubal
berlandaskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Tumpuan DPN adalah kepada beberapa kelemahan prestasi
pencapaian dasar sebelumnya. Ia melibatkan tambahan beberapa dimensi merangkumi
isu-isu pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan
alam sekitar dan ekologi.6 Di samping itu, matlamat-matlamat DEB
untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang
saksama masih dikekalkan.
10.4 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)
Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, adalah berasaskan kepada Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mencapai
perpaduan negara yang merangkumi
aspek-aspek sosio ekonomi dan politik. DPK lahir berasaskan kesedaran para
pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman
penjajah.
Pada zaman British, tidak ada satu dasar
pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap, sekolah-sekolah
berbilang bahasa dapat berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik. Akibatnya
wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu
dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah
Tamil di samping sekolah Agama.
Selepas merdeka, kerajaan memberikan
perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam membangunkan negara. Antara
tujuan program pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan itu, ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya akan dapat
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan,
terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke arah
satu sistem pelajaran kebangsaan.
10.4.1 Penyata Barnes 1950
Berdasarkan laporan jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh L.J. Barnes, beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu
(i)
Penubuhan satu corak sekolah rendah -
Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh
guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan.
(ii)
Memansuhkan sekolah rendah vernakular
yang berbeza-beza mengikut kaum.
(iii)
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tempoh
persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama enam tahun. Persekolahan percuma
diberikan kepada semua murid.
Berdasarkan cadangan yang dikemukakan,
ternyata jawatankuasa ini berhasrat untuk mengadakan sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan
Inggeris sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu.
Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling komprehensif dan
berpengaruh sekali pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak
berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat negara ini keseluruhannya.
10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951
Sehubungan dengan itu, dua orang pakar
bahasa dan kebudayaan Cina, Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan
Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah
diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina. Penyata Fenn-Wu
telah mengemukakan cadangan pada asasnya:
(i)
Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa
iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar dan persediaan buku-buku teks.
(ii)
Menyokong pembentukan sistem pendidikan
kebangsaan, sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah
berorientasikan Tanah Melayu.
Penyata ini kemudian dikaji dengan lebih
mendalam dan akhirnya meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan menyediakan dua
jenis sekolah kebangsaan, satu menggunakan bahasa pengantar Melayu manakala
satu lagi menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Manakala sekolah Cina dan
Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan. Namun Ordinan ini tidak
dapat dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika
itu.
10.4.3 Penyata Razak 1956
Berikutan dengan kemenangan dalam
Pilihanraya tahun 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Kerajaan
Perikatan yang dipengerusikan oleh Tun
Abdul Razak. Tujuan jawatankuasa ini dibentuk ialah untuk mengkaji dan menilai
sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi
mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. Penyata
Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan,
iaitu
(i)
Setiap kanak-kanak diberi peluang
mendapat pelajaran.
(ii)
Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi
membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan
nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk
menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini. Penyata
Razak telah menyatakan:
Tujuan dasar
pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur.7
Jelas bahawa Penyata Razak menandakan
bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem pendidikan di negara kita.
Laporan ini juga telah mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan. Ini adalah merupakan satu usaha yang baik untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. Cadangan yang
dikemukakan oleh Penyata Razak diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957.
Ordinan Pelajaran ini mewajibkan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan
bercorak kebangsaan.
Pada tahun 1959, satu Jawatankuasa
Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem
pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. Ini memandangkan timbul bantahan
dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Contohnya di
kalangan guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam
pelaksanaan bahasa kebangsaan. Selain itu, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina
yang berpendapat sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan
pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina. Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri
Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah
menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib.
10.4.4
Penyata
Rahman Talib (1960)
Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri
seperti berikut, iaitu
(i)
Pelaksanaan pelajaran rendah percuma
selama sembilan tahun;
(ii)
Kenaikan darjah secara automatik dari
darjah satu hingga tingkatan tiga;
(iii)
Peperiksaan penilaian sekolah rendah;
(iv)
Peluasan pelajaran teknik dan
vokasional; dan
(v)
Pengalihan bahasa pengantar.
Seterusnya laporan ini berpendapat
bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor
Laporan Razak dan patut diteruskan. Cadangan yang dikemukan oleh Laporan Rahman
Talib berikutnya dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.
Secara umumnya, Penyata Razak dan
Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan
perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Oleh kerana masyarakat Malaysia
merupakan masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini
perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat
berbilang kaum.8 Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya
menangkis gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan
kedaerahan dan sebagainya.
Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa
kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan. Ia juga
bertujuan untuk memperbaiki perlaksanaan dasar tersebut agar selaras dengan
keperluan semasa negara khasnya dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk
pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Laporan
jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979.9
Berdasarkan kajian tersebut, beberapa
perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan
selaras dengan keperluan pembangunan negara. Beberapa strategi telah diambil
untuk mencapai matlamat dasar pendidikan, iaitu
(i)
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar yang utama.
(ii)
Mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah.
(iii)
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
bagi semua.
(iv)
Melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan.
(v)
Meningkatkan mutu pendidikan
keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu.
(vi)
Mengadakan peluang pendidikan asas
selama sembilan tahun.
(vii)
Mendemokrasikan pendidikan dari segi
peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar.
(viii)
Memperkenalkan pendidikan rendah
mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis,
Membaca dan Mengira.
(ix)
Memperluaskan pendidikan teknik dan
vokasional.
(x)
Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti, terutamanya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
(xi)
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,
moral dan disiplin.
(xii)
Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan
memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
(xiii)
Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang
dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera, polis, pengakap dan
bomba.
DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih di samping mendirikan
sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Strategi-strategi yang
dikemukakan adalah bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara
keseluruhannya.
10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
Sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia
memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian
negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti Malaysia
di peringkat antarabangsa.10
Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah
menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengambil kira latar belakang
sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan
perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat
pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan
dan penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik,
menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan
kebudayaan asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga
sifat berikut:
(i)
Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat
diterima oleh semua komuniti.
(ii)
Apa juga asal usulnya mestilah
menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan
tempatan.
(iii)
Tidak boleh membawa kesan yang buruk
dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada
unsur-unsur lain.
Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada
tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan
kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah
(i)
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat
asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas
ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau
ini11 sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau
ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
(ii)
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat
berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang
dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.12
Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina,
India dan Arab
dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian
ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta
Islam sebagai agama rasmi negara.
(iii)
Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai
dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600
tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini.
Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Pembentukan
kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang
stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri
daripada berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan
kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:
(i)
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui kebudayaan.
(ii)
Mempupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan.
(iii)
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan
sosio ekonomi.
Objektif dasar ini boleh dicapai melalui
strategi-strategi berikut:
(i)
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii)
Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan
budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan
menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii)
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke
arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme;
(iv)
Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v)
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Beberapa pihak
telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini
dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan
Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan dan kesenian.
10.6 WAWASAN
2020
Pada 28
Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia:
The Way Forward” di Majlis pelancaran Malaysian
Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka
kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020
- dikenali sebagai “Wawasan 2020”.14
Sebenarnya
Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar lain
yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar
dibincangkan di sini kerana ia berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk
membangunkan dan mencapai taraf sebuah negara maju.
Wawasan 2020
menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu
(i)
Membentuk sebuah negara bangsa yang
bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu
mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya,
menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan
keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
(ii)
Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia
yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga
akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas
untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai
sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan
dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.
(iii)
Membentuk dan memperkembangkan sebuah
masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia
yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh
negara-negara membangun lain.
(iv)
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
(v)
Membentuk sebuah masyarakat yang matang
yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan
mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih
daripada bangsa tersebut.
(vi)
Membentuk sebuah masyarakat yang
bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari
muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi
kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan.
(vii)
Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara
mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
(viii)
Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat
yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara
secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh
setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat
penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi
kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
(ix)
Membentuk sebuah masyarakat yang makmur,
dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.15
Cabaran-cabaran di atas telah
membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia
mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:
(i)
Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau
warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu
seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlu difahami dan diamalkan.
(ii)
Negara Perindustrian. Mengubah corak
ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai
negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses
perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan
dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
(iii)
Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep
negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang
kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa
nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan
berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.
(iv)
Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini
merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti
pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020
meminta semua rakyat Malaysia
tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum
tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang
wujud dalam masyarakat.
(v)
Pembangunan Masyarakat Berdasarkan
Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud,
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat.
Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah
dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.16
10.7 KESIMPULAN
Dasar-dasar kerajaan digubal dan
dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada
satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan
sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari
semasa ke semasa. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal
khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk
yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa kini dasar-dasar
kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk
menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun prinsip-prinsip asas
dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang beza adalah pendekatan
kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
woi tarikh ada ?
ReplyDeleteitula ituuuuu tarikh takde?!!!!!!
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu yang berguna ini. =)
ReplyDeletebila ya tarikh artikel ini
ReplyDeleteSemua terima kasih kepada mrs KARINA ROLAND untuk membantu saya dengan pinjaman saya selepas ditangkap oleh orang-orang palsu yang kerang menjadi peminjam pinjaman.
ReplyDeleteNama saya Annika amahle mokoena, saya dari Afrika Selatan dan saya tinggal di bandar Johannesburg. Suatu bulan yang lalu saya sedang mencari pinjaman dalam talian dan saya melihat pemberi pinjaman pinjaman yang berbeza di internet dan saya memohon dari mereka dan semua saya mendapat adalah penipu saya menggunakan lebih daripada 2 syarikat dan saya ditipu semua melalui. Jadi saya berputus asa sehingga saya memutuskan untuk menyemak semula jika saya akan mencari bantuan seperti yang saya cari dan saya menetap untuk mencari syarikat pinjaman legit saya jumpa syarikat ini bernama KARINA ROLAND LOAN COMPANY saya melihat banyak testimoni yang dimaklumkan oleh orang dia tetapi kerana saya ditipu secara serentak saya fikir ia adalah penipuan tetapi saya melakukan apa yang saya diminta lakukan dan saya menunggu untuk pinjaman saya dan Puan KARINA ROLAND memberitahu saya dalam masa kurang dari 24 jam anda dengan pinjaman saya dengan selamat saya tidak percaya sebab saya fikir ia juga satu penipuan sehingga hari itu adalah waktu malam di Afrika Selatan dan saya tidur pagi esok ketika saya bangun saya menerima amaran dari akaun bank saya dan segera saya memanggil pengurus bank saya untuk mengesahkan dan pengurus bank memberitahu saya untuk datang ke bank dengan serta-merta dan saya pergi dengan serta-merta ketika saya sampai di sana pengurus bank memeriksa akaun saya dan melihat sejumlah $ 127,000.00 USD yang Dolar Amerika Syarikat dan saya menjelaskan kepada pengurus saya bahawa saya memohon pinjaman dalam talian dan bank saya pengurus terkejut jika ada masih sebuah syarikat pinjaman sebenar dan legit online saya sangat gembira semua terima kasih kepada MRS KARINA ROLAND saya memutuskan untuk menulis di internet kerana saya melihat orang lain melakukannya dan memberi keterangan tentang syarikat ini sebabnya saya menghantar mesej ini secara online kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman walaupun anda telah ditipu sebelum memohon dari syarikat ini dan yakinlah bahawa syarikat ini tidak akan membiarkan anda turun. Salam kepada sesiapa sahaja yang membaca mesej saya dan anda boleh menghubungi syarikat ini melalui pos (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp sahaja +1 (585) 708-3478, Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membaca kesaksian ini, anda boleh menghubungi saya juga untuk maklumat lanjut ..... annikaamahlemokoena@gmail.com