MENELITI perkembangan perpaduan kaum di Malaysia, kita sekarang
sedang memasuki gelombang ketiga. Walaupun kewujudannya masih baru tetapi
kehadiran gelombang ketiga ini semakin dirasai oleh ahli masyarakat khususnya
di kalangan kumpulan muda.
Kadangkala apabila anak-anak muda tidak begitu mementingkan rasa
etnosentrik etniknya, hal ini dirujuk oleh golongan tua sebagai orang muda
sudah lupa dan lalai, tidak sayangkan bangsanya serta berbagai lagi.
Mungkin ada benarnya tetapi kita juga harus memahami cita rasa
orang muda bukan sahaja berubah dalam pemilihan makanan, cara berpakaian tetapi
juga di dalam hal yang berkaitan dengan politik, pekerjaan serta perpaduan
kaum.
Masyarakat Tanah Melayu pada satu ketika dulu di era
prakolonialisme memahami dan mengamalkan perpaduan etnik dalam bentuk homogeni.
Kerajaan Melayu misalnya, telah berjaya melaksanakan dasar bahasa sehingga
bahasa Melayu menjadi bahasa untuk semua.
Oleh itu, para pedagang China dan India serta Arab berusaha
menguasai bahasa Melayu apabila berada di Tanah Melayu khususnya Melaka, malah
bahasa Melayu pernah dikenali sebagai bahasa lingua franca pada satu masa
dahulu. Inilah gelombang pertama apabila kita bercakap soal perpaduan kaum dan
hubungan etnik di Malaysia.
Semasa penjajah meninggalkan Tanah Melayu, mereka telah pun
menanamkan dengan begitu kuat bentuk perpaduan kaum yang direka bentuk
sebelumnya untuk tujuan dan kepentingan mereka. Berbagai dasar diperkenalkan
hingga setiap etnik tidak perlu berinte- raksi antara satu sama lain, tetapi
terus merujuk kepada pengawai kolonial bila memerlukan sesuatu.
Maka dasar-dasar keselamatan, ekonomi, pentadbiran, migrasi serta
tanah dibentuk mengikut keperluan setiap etnik. Pengamalan ini pernah disebut
oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, sebagai pembentukan Ilmu Kolonial
yang menyerap dan memenuhi ruang epistemologi masyarakat Tanah Melayu dan
Malaysia kemudiannya.
Ilmu kolonial kemudiannya telah diwariskan kepada para pemimpin
Tanah Melayu. Oleh kerana Malaysia mendapat kemerdekaan secara rundingan dan
proses ke arah kemerdekaan berjalan dalam suasana yang baik tanpa pertumpahan
darah maka tiada rasa dendam dan benci yang membara. Hampir seluruhnya ilmu
kolonial ini diterima pakai dalam menguruskan sebuah negara merdeka misalnya
sistem berkerajaan, pilihan raya, pendidikan ekonomi, dan sebagainya
menggunakan sepenuhnya pemikiran dan model penjajah.
Sistem
Penerimaan ilmu kolonial ini juga terbawa-bawa semasa kita
menguruskan hubungan etnik di negara ini. Kita mengekalkan sistem pendidikan
vernakular sebagai identiti utama sistem pendidikan kebangsaan, kita juga
menerima pakai konsep pengagihan ekonomi yang berasaskan perkauman. Sejak itu
juga rakyat diajar bahawa perpaduan bermaksud setiap kumpulan etnik hidup di
dalam ruang dan menjalankan kehidupan mereka sendiri dan tidak perlu
berinteraksi dengan etnik lain.
Sekarang, petunjuk bahawa kita sedang memasuki gelombang ketiga
hubungan etnik di Malaysia semakin dirasai. Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini
jelas menunjukkan faktor etnik bukan lagi asas untuk pengundi membuat
keputusan. Parti berasaskan etnik tidak lagi sepopular dulu tetapi rakyat mula
memilih parti multietnik.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi serta Jabatan Perpaduan Negara seharusnya melipatkan usaha
untuk memimpin ruang gelombang ketiga ini demi menguruskan secara berkesan
hubungan etnik.
PersembahanMasyarakat muda khususnya dahagakan maklumat bukan
sahaja berkaitan kaumnya tetapi juga maklumat berkaitan kaum-kaum utama di
negara ini. Persembahan maklumat jangan pula dibentangkan dalam bentuk yang
asas sahaja tetapi memerlukan analisis serta persembahan fakta agar bentuk yang
kritis. Ciri kedua, maklumat ini seharusnya telus, beretika serta boleh
dipertanggungjawabkan.
Ciri ketiga ialah meningkatkan tahap pengetahuan tentang sejarah
kontrak sosial dan mengapa kontrak ini diamalkan di dalam sebuah negara merdeka
seperti Malaysia. Kontrak sosial ini perlu diterangkan secara jujur kepada
semua kaum supaya kumpulan yang mendapat nikmat ini tidak menyalahgunakan.
Meninjau senarai kurikulum matapelajaran di dalam sistem
pendidikan di Malaysia, para pelajar hanya mula belajar berkaitan hubungan
etnik apabila berapa di tahun pertama di universiti. Sepatutnya tiga komponen
utama pendidikan etnik iaitu sejarah setiap etnik, kontrak sosial dan
sensitiviti setiap etnik telah dilaksanakan di peringkat sekolah lagi.
Keadaan ini bagaimanapun tidak berlaku. Pada peringkat sekolah
rendah mereka bukan sahaja tidak diajarkan tentang hubungan etnik dan bagaimana
hidup bersama, tetapi atas rasa etnosentrik yang tebal, anak-anak kecil ini
telah diasingkan berdasarkan jenis sekolah.
Selama enam tahun yang pertama di sekolah rendah mereka tidak
mempunyai sebarang pengalaman yang kuat untuk berinteraksi dengan kumpulan
etnik yang lain.
Di peringkat sekolah menengah, sehingga kini tiada kurikulum yang
jelas untuk mengajar hubungan etnik. Malah mata pelajaran Sejarah yang
diajarkan bersifat Melayu-sentrik, tidak juga diterapkan nilai-nilai perpaduan
kerana kesuntukan waktu dan guru tiada kemahiran secara konsisten untuk
melaksanakannya. Mata pelajaran sejarah juga tidak memberikan ilmu berkaitan
budaya setiap kumpulan etnik yang bersifat semasa, tetapi membincangkan sejarah
masyarakat era abad 18 dan awal abad 19 di mana hubungannya dengan kehidupan
pelajar adalah sangat jauh.
Apabila sampai ke universiti, baru para pelajar diajarkan ilmu
hubungan etnik. Mereka perlu mengambil kursus Modul Hubungan Etnik yang
ditawarkan secara wajib di semua universiti. Mungkin sudah agak lewat untuk
perlaksanaannya kerana secara psikologi pelajar telah mempunyai identiti,
tabiat serta kelakuan yang agak kekal. Oleh itu, pihak kerajaan khususnya
Kementerian Pelajaran perlu melihat semula isi kandungan pendidikan hubungan
etnik ini. Demi kemajuan dan kestabilan negara, anak-anak seharusnya diberikan
ilmu hubungan etnik seawal mungkin. Mungkin membina dasar baru untuk satu
aliran sekolah kebangsaan akan mengambil masa yang lama atau mustahil tetapi
sekurang-kurangnya usaha untuk menghidupkan pendidikan hubungan etnik di
peringkat sekolah perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.